Pages

Saturday, February 9, 2013

CARA PENYIMPANAN SUSU IBU


NAK SIMPAN SUSU IBU CEREWET SKET YE.. BUKAN MUDAH.. PENTING TU MENGEAKKAN SUSU IBU ROSAK

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  •  breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu




 Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  • Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  • Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  • Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  • Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan


Expressed Breast Milk (EBM).. Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  1. bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  2. catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  3. simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  4.  jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  5. susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  6. jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  7. sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  8. jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk


Maklumat Tambahan


  • Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).


  • Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.



  • Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.



  • Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

  • Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League


Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152

TEKNIK POWER PUMPING




saya nak share mengenai teknik power pumping.. Jom kita baca tentang teknik berkesan POWER PUMPING..

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, 
tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
 
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Tips umum mengepam

  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu

  • Pum setiap 2-4jam sekali

  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)



Happy pumping mummies!


Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152

SET PENYUSUAN MANA YG SESUAI?


sebenarnye ramai yang keliru nak pilih set penyusuan yang mana kan? banyak sangat kan? hehe.. sebenarnya simple je..
kepada ibu2 yang dah habis fasa berpantang.. dan anak x mengalami masalah G6PD.. anda boleh ambil mane2 set dibawah dan semestinya yang terbaik ialah SET 3M!!
semuanya bergantung kepada budget anda. jika budget sgt terhad boleh cuba set E dimana kesannya juga bagus.. yang beza tiada esp shaja.. dan kalau ibu2 memang sgt2 kekurangan budget saya cadangkan mengambil set B. 
dibawah ni saya nyatakan Set2 yang ada untuk penyusuan.. smuanya ade kelebihan masing2

  • mengandungi 4 supplement (vit C, B-complex, multivitamin, alfalfa)
  • sesuai untuk ibu2 yang tiada masalah penyusuan, sekadar menambah nutrisi susu ibu sajaha :)
SET EU FOUR PACK
  • mengandungi 4 supplement (vit C, B-complex, multivitamin, kalsium)
  • sangat sesuai untuk ibu berpantang
  • sangat sesuai untuk ibu yang mengalami kemuruduman susu ketika haid (PMS)
  • jika anak ada G6PD, set ini yang paling sesuai
SET E
  • mengandungi 5 supplement (vit C, B-complex, multivitamin, kalsium, alfalfa)
  • sangat sesuai untuk ibu yang mengalami kemuruduman susu ketika haid (PMS) 
  • set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding 2 set diatas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk booster
  • mengandungi SET E + ESP
  • SET PENYUSUAN TERBAIK KERANA ADA 3 MILK BOOSTER (esp, kalsium n alfalfa)
  • sangat dicadangkan untuk ibu2 yang mengalami kemuruduman susu / susu x cukup / sedikit
  • bagi ibu2 yang mula ingin menyimpan stok.. set ini adalah paling terbaik
jika mommy memilih set lain selain set 3m.. mommy boleh tambah esp untuk hasil yang super duper hebat!! power!!dan mommy2.. nk bgtau.. esp ni sgt2 la besttttt!!

x salahkan mencuba? bukan sekadar untuk tambahkan susu badan tapi membantu ibu lebih sihat, bertenaga, dan mencantikkan kulit.. sape x nk kn? klau mommy2 amik ESP, mommy jugak akan dapat kebaikan lain seperti menanjalkan payudara yg kendur.. all in one.. jom la cube!! siyes cakap.. x kan rugi!!

Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152

Thursday, February 7, 2013

SET 3M TERBAIK UTK IBU MENYUSU


Alhamdulillah sekarang ramai yang dah sedar tentang kepentingan supplemen, bukan untuk menjadikan susu yang sikit tiba-tiba menjadi banyak, tapi untuk faedah bersama anak dan ibu.

Bagi ibu yang menyusukan, kenapa supplemen begitu penting? Ibu yang menyusu mempunyai tugas berat, malah mungkin melebihi tugas ibu hamil yang dibekalkan macam2 supplement bagi mengelakkan komplikasi semasa mengandung dan melahirkan. Ibu yang menyusukan sudah tidak mendapat ‘privilege’ seperti ibu hamil yang diberi ‘excuse’ dari kerja-kerja berat dan sebagainya. Ibu menyusukan perlu kembali kepada kehidupan biasa, dan bertambah-tambah lagi kerjanya kerana terpaksa mengepam susu (terutama ibu bekerja). Ada yang hanya tidur selama 2-3 jam saja sehari semalam untuk memenuhi misi penyusuan ini.

Supplemen bukan bahan ajaib. Ia sepatutnya menjadi penyokong kepada tubuh badan kita dalam mendapatkan nutrien perlu yang mungkin:

  • kita tak perolehi dari pemakanan harian
  • musnah dalam proses pembuatan makanan
  • tidak dapat diserap oleh tubuh
  • dimusnahkan oleh bahan-bahan asing contohnya pencemaran
Suka atau tidak, hakikatnya kita makan untuk rasa kenyang, bukan untuk sihat. Walaupun makanan diambil mengikut piramid makanan, namun ada banyak faktor yang menghilangkan kualiti makanan yang kita ambil, terutama makanan yang dibeli. Salah satu sebab yang jelas ialah, kita tak tahu bila makanan tersebut dimasak, terutama nasi campur.
Jadi, untuk ‘cover’ semua itu, dipermudahkan dalam bentuk supplemen.


Shaklee mempunyai rangkaian produk khas untuk ibu menyusu kekal cergas, sihat, bertenaga sepanjang hari, membantu mencukupkan keperluan nutrisi juga membantu penghasilan susu yang lebih baik. Saya sendiri mengambil set penyusuan Shaklee sejak bersalin sehingga sekarang  ;) Set nie 3M yang paling best utk sy yg terdiri drpada


ni la set 3m 

  1. sangat2 dicadangkan untuk ibu2 yang mengalami kemeruduman susu/ susu sedikit.
  2. ibu2 yang mula menyimpan stok ebm
  3. sesuai untuk ibu2 yang ingin relaktasi
menyusukan anak tidak susah dan tidak semudah yang disangka. perjalanan penyusuan yang panjang ini menuntut ibu2 untuk bekerja keras untuk pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi dari pemakanan yang sihat. namun berapa ramai ibu ibu yang betul2 menjaga pemakanan yang berkhasiat? ingat! apa yang ibu makan adalah apa yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu.. pada saya supplement sangat2 membantu agar ibu ibu mendapat khasiat harian yang mencukupi dan tumbesaran anak yang baik dah sihat. 

mummy2!! pilihan ditangan anda untuk beri yang terbaik untuk anak2 anda.. anda yang mencorakkan masa depan mereka. 

'jika seorang wanita menyusui anaknya sehingga 2 tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya' 


Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152

REZEI ANAKKU~~ ALHAMDULILLAH


hari ni masuk 4 hari x makan supplemen langsung. saje stop sbb nk tau ape yg saye rase.. beza x ambil supplement ngn x amik supplement.. mmg sgt2 ketara perbezaannya sbb sy jd stress.. letih.. xde semangat.. smpai sy marah2 ngn hubby sebab x tolong sy jaga anak.. kesian die.. da la penat baru balik keja sy da stresskn die.. hehe.. x nk mcm tu lg.. susu pn x cair je.. lama kot baby isap susu.. maybe sbb x kenyang.. kejap2 mintak.. kejap2 mintak.. mmg ketara sgt2 la..

yg paling x best susu kurang sgt2..biase pam leh dpt 10-12oz skali pam.. (mase mkn supplemen la).. tp 4 hari ni skali pam nk dpt 6oz sejam pn x dpt lg.. smpaikan terfikir.. eh, susu da xde ke.. (ni yg sy rase jugak mase anak sulung dl).. sedey je.. so petang ni decide nk start mkn balik supplemen..


ni la hasil sy pam selama sejam.. 6oz.. 

lama tu pam smpai sejam semata2 nk penuhkan botol tu.. ni hasil sy x mkn shaklee.. yes, mmg la rezeki anak kite dari Allah tp kena la ada usaha kan.. 

 each botol 5-6.5oz






ni stok yg di pam bulan 5 je tau.. baby baru 53hari now tp start anta ke nursery umo 30hari.. shari dlm 10-12oz bg nursery sbb my baby sgt2 kuat nyusu.. tp stok ebm yg bulan 4 still byk lg.. n insyaAllah melebihi smpai akhir bulan 5 nie.. masuk june abeskan yg april n may nih.. smua yg dlm botol tu penuh tau.. 5-6oz sbotol :).. cukup la bekalan tuk baby mayra.. insyaAllah.. moga impian nk bf smpai umo 2tahun tercapai.. 

skarang sy x nafikan yg supplemen shaklee sgt2 membantu meningkatkan kepekatan susu, memperbanyakkan susu, mengurangkan stress n keletihan.. x rugi kite berhabis duit utk diri sendiri n jugak anak.. mesti kite nk yg terbaik utk anak2 kite kn? sy masih belajar.. mmg sepenuhnya mharapkan duit dr suami.. tp bile fikirkan demi kesihatan.. demi anak2.. sy nekad nk mcuba shaklee.. so, anda bila lg? 
fikir2kan lah :)

Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...