Pages

Showing posts with label TIPS PENYUSUAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS PENYUSUAN. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

CARA PENYIMPANAN SUSU IBU


NAK SIMPAN SUSU IBU CEREWET SKET YE.. BUKAN MUDAH.. PENTING TU MENGEAKKAN SUSU IBU ROSAK

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  •  breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu




 Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  • Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  • Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  • Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  • Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan


Expressed Breast Milk (EBM).. Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  1. bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  2. catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  3. simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  4.  jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  5. susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  6. jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  7. sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  8. jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk


Maklumat Tambahan


  • Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).


  • Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.



  • Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.



  • Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

  • Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League


Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152

TEKNIK POWER PUMPING




saya nak share mengenai teknik power pumping.. Jom kita baca tentang teknik berkesan POWER PUMPING..

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, 
tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
 
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Tips umum mengepam

  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu

  • Pum setiap 2-4jam sekali

  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)



Happy pumping mummies!


Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152

Tuesday, February 5, 2013

13 TIPS MENJAYAKAN PENYUSUAN



hari ini saya nak ceritakan 13 tips nk kumpul stok susu banyak2 terutama untuk ibu2 yg bekerja.. :)

insyaAllah kalau anda iku tip2 ni anda dapat menyimpan stok susu untuk simanja anda.. ingat!! sebagai ibu kita kena beri yang terbaik untuk anak2 kita membesar dengan sempurna..

tips yg anda perlukan:


  1. minda yang positif ketika mengandung lagi
  2. mempunyai keinginan dan azam yang tinggi untuk menyusukan anak secara ekslusif
  3. sebaik bayi lahir, hanya berikan susu ibu.. NO AIR MASAK, NO FORMULA MILK!! kalau boleh elakkan penggunaan botol untuk 3 minggu pertama.. takot anak keliru pulak ye.. hihi
  4. susukan bayi anda sekerap mungkin.. jika si manja hanya menyusu sebelah shaja, pam sebelah lagi untuk buat stok.. biar hasilnya sedikit.. x apa :)
  5. perasan x bila si manja menyusu sebelah, n sebelah lagi akan keluarjugak? hehe.. untuk elakkan pembaziran, pam sebelah n sebelah lagi untuk si manja.. x susah kan? jimat masa smbil2 buat stok. nk seribu daya x nak seribu dalih!!
  6. buat teknik power pumping!! nnt post streunya sy akan ajar cara teknik power pumping ok :) mmg sgt2 membantu meningkatkan penghasilan susu.. insyaAllah
  7. perlu ADA MASA untuk pam diwaktu kerja.. means kat ofis.. kena bgtau bos supaya bos faham niat anda untuk pam susu demi untuk si manja anda.. insyaAllah bos akan paham.. dia pn manusia kan :) klau anda x pam waktu kerja saya boleh katakan lupakan saja niat anda untuk menyusukan si manja anda secara ekslusif.. kerana tiada cara atau supplemen yang boleh membantu jika anda malas pam atau tiada masa untuk pam
  8. perlu minum air 3-4 liter shari.. kekurangan air akan mengganggu penghasilan susu ibu.. rajin2 minum air ye!
  9. ibu perlu jaga pemakanan..ambil makanan yang tinggi khasiat, protin,, kalsium. jika anda sukar untuk memastikan pemakanan anda seimbang, SUPPLEMEN SHAKLEE adalah pilihan yang tepat 
  10. ibu kena pastikan badan cukup rehat. mental sentiasa positif dan ceria. badan yang letih dan minda yang stress akan mengganggu penghasilan susu ibu.
  11. penuhi konsep utama penyusuan, DEMAND AND SUPPLY. lebih kerap anda susukan si manja anda lebih banyak susu akan dihasilkan. jadi, lebih banyak jugalah stok susu yang dapat anda simpan.
  12. seeloknya mulakan mengepam ketika di dalam pantang lagi.. jangan malas mengepam. 
  13. yang terakhir dan terbaik selepas berusaha.. mintalah dengan Allah.. sesungguhnya DIA maha pemberi.. kerapkan zikir, berdoa supaya dibanyakkan susu.. insyaAllah segalanya dipermudahkan.
diharap tips2 diatas dapat membantu ibu2 diluar sana bagi merealisasikan impian untuk menyusui si manja secara ekslusif tercapai.. amin Ya rabbal alamin

hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai supplemen shaklee yg dapat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.. 0179350152 atau email kepada basiedaria_comay@yahoo.co.uk atau add fb http://www.facebook.com/ijaiju (hamizah che mat) atau page mija shaklee



 5min selepas deliver.. doktor bagi baby suh nyusu.. x bersihkan baby lg nih.. hehe (abaikan muka bengkak ni ye sbb deliver masa sakit mata)


sebelum discharge.. alhamdulillah


Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...